Selamat Datang ke
Selamat Datang ke
BATU 4, PORT DICKSON
Celebrate • Relax • Repeat
Alang’s Villa, terletak di Batu 4, Port Dickson. Pilihan destinasi terbaik untuk anda dan keluarga besar berehat dan mengeratkan silaturahim.
Villa kami menawarkan suasana kampung yang tenang dan nyaman, jauh dari kesibukan kota namun hanya 1 jam pemanduan dari Kuala Lumpur.
Lokasi strategik yang terletak hanya 5-10 minit berdekatan pelbagai tarikan popular Port Dickson, daripada pantai, aktiviti keluarga hingga ke lokasi makanan popular dan viral dari jarak 1km hingga 5km sahaja.
Alang's Villa menggabungkan keselesan fasiliti moden dengan ketenangan percutian keluarga yang ideal.
Di Alang’s Villa, kami melabur dengan lebih teliti dalam reka bentuk landskap kerana kami percaya suasana yang indah mampu mencipta pengalaman yang berbeza. Landskap yang kemas dan hijau ini bukan sahaja melengkapkan ruang villa, malah memberikan pengalaman yang lebih eksklusif serta memori indah buat semua tetamu istimewa kami.
Nikmati keseluruhan villa secara ekslusif, dengan privasi sepenuhnya untuk anda berehat dan mencipta kenangan bermakna bersama keluarga tersayang.
VILLA INI EKSKLUSIF UNTUK TETAMU MUSLIM SAHAJA.
Alang’s Villa juga mesra OKU, menyediakan akses kerusi roda dengan laluan bertingkat (ramp) yang memudahkan pergerakan di seluruh kawasan villa —termasuk akses mudah ke kawasan luar dan zon BBQ.
Villa ini menawarkan empat bilik tidur yang selesa, masing-masing dengan bilik air sendiri lengkap dengan pemanas , memberikan privasi, keselesaan, dan kemudahan kepada setiap tetamu. Setiap bilik direka dengan pencahayaan semula jadi, katil yang empuk, serta susun atur yang teliti bagi memastikan pengalaman penginapan yang benar-benar menenangkan.
Untuk kemudahan tambahan, setiap bilik disediakan almari dengan ruang gantungan dan meja sisi bagi memudahkan penyusunan barang.
Setiap bilik juga dilengkapi dengan satu tilam bujang tambahan yang disimpan kemas di bawah katil queen, bersama dua biji bantal tambahan , selimut dan tuala—sempurna untuk menampung tetamu tambahan dengan selesa.
Kawasan laman yang luas untuk aktiviti riadah bersama keluarga serta sesi santai di panking
Ruang BBQ khas lengkap dengan sinki untuk memudahkan penyediaan makanan dan sesi memanggang yang menyeronokkan.
Fasiliti yang disediakan
Sama ada anda ingin bersantai di tepi kolam, menikmati hidangan BBQ, menunaikan solat jemaah dengan selesa, atau meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan, Alang’s Villa menawarkan gabungan terbaik antara keselesaan, ruang yang luas dan kemudahan moden. Sebuah villa yang membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri—sempurna untuk mencipta memori yang sukar dilupakan.
Boleh saya melihat villa sebelum membuat tempahan?
Ya, sila buat temu janji sebelum viewing. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Apakah jenis bilik tidur yang tersedia?
Terdapat 4 bilik dengan katil Queen dengan bilik air sendiri lengkap dengan pemanas.
2 bantal tambahan & 1 tilam bujang tambahan turut disediakan di setiap bilik.
Surau juga boleh dijadikan sebagai bilik tambahan. Dilengkapi 2 tilam lipat, 2 selimut & 4 bantal.
Boleh kami check-in lebih awal dari 3PM dan check-out lewat dari 12PM?
Kami tidak menerima check-in awal dan check-out lewat.
Berapa banyak kereta boleh diletakkan di dalam kawasan villa?
4-5 buah kereta boleh diparkir di dalam kawasan villa.
Sekiranya ingin gunakan halaman untuk aktiviti keluarga boleh parkir kenderaan di kawasan luar villa.
Apa yang TIDAK dibenarkan di villa?
Haiwan peliharaan
Tetamu luar (yang tidak berdaftar)
Peralatan dapur apa yang tersedia di dapur?
Dapur kering dilengkapi dengan 2 singki, peti ais, rice cooker, kettle, air fryer, toaster dan microwave.
Dapur basah dilengkapi dengan filter air coway, dapur gas, peralatan memasak dan keperluan makan.
Adakah tempat ini mesra OKU?
Ya, villa ini mesra OKU. Kami mempunyai laluan bertingkat (ramp) dari tempat letak kereta hingga ke dalam rumah.
Bolehkan jumlah tetamu melebihi had yang ditetapkan?
Tidak dibenarkan tetamu luar sama sekali.
Jumlah maksimum tetamu di villa ialah maksimum 20 orang dewasa dan kanak-kanak.
Adakah tuala dan kelengkapan asas disediakan?
Ya, tuala dan kelengkapan asas seperti sabun, syampu dan seterika disediakan.
Bagaimana cara membuat tempahan?
Tempahan akan dibuka secara rasmi bermula 1 Februari 2026.
Untuk sebarang pertanyaan awal, anda boleh hubungi kami melalui media sosial rasmi kami.
ALAMAT
Lot 2442, Taman Si Rusa, Batu 4, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
LAMAN WEB
www.alangvilla.com
EMEL
www.alangvilla.com