PANTAI & ALAM SEMULA JADI DI PORT DICKSON
Pantai Saujana, Batu 4
(1.2KM) dari Alang's Villa
Pantai yang luas
Sesuai untuk picnic, camping, aktiviti keluarga.
Ada kawasan taman dan gerai makanan ketika waktu petang/malam.
Menikmati suasana matahari terbenam
Pantai Nelayan
(750M) dari Alang's Villa
Lokasi popular untuk camping di tepi pantai
Menawarkan tapak perkhemahan percuma serta tandas berbayar 24 jam.
Pemandangan cantik dan suasana santai.
Pantai Cahaya Negeri
(1.3KM) dari Alang's Villa
Pantai popular dengan pasir yang lembut.
Lokasi photoshoot seperti pra-perkahwinan.
Aktiviti memancing
Acara festival pantai.
Pantai Bagan Pinang
(3KM) dari Alang's Villa
Air laut yang cetek dan tidak bergelora.
Popular dalam kalangan keluarga.
Selamat untuk kanak-kanak mandi.
Dilengkapi dengan kemudahan awam.
INFO, AKTIVITI & TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON
PD Ostrich Show Farm
(8.2KM) dari Alang's Villa
Ladang burung unta
Boleh melihat, memberi makan dan bergambar bersama burung unta.
Terdapat juga haiwan lain seperti rusa, kambing dan arnab.
Port Dickson Mini Zoo
(5.8KM) dari Alang's Villa
Menempatkan pelbagai haiwan jinak dan eksotik
Boleh melihat haiwan dari dekat, memberi makan serta bergambar
Lawatan santai berunsur edukasi
PD Maze, Dataran Segar Port Dickson
(11.8KM) dari Alang's Villa
Tempat pelancongan berbentuk maze
Pengunjung perlu mencari jalan keluar, sesuai untuk aktiviti santai & mencabar minda.
Pusat Ikan Hiasan
(5.8KM) dari Alang's Villa
Pusat pameran dan jualan ikan hiasan
Tempat sesuai untuk pemancing, pencinta akuarium & keluarga
Boleh lihat, belajar dan beli ikan hiasan & peralatan akuarium.
(INFO) DIKENALI SEBAGAI BANDAR KETENTERAAN
Muzium Tentera Darat
(2KM) dari Alang's Villa
Antara Muzium Tentera Darat yang terbesar di Malaysia
IJED KEM SI RUSA
(1.4KM) dari Alang's Villa
Kem latihan tentera milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Latihan yang disediakan seperti kejuruteraan medan & tempur, pembinaan jambatan, kubu, jalan.
PUSASDA
(1.6KM) dari Alang's Villa
Pusat latihan asas untuk anggota Tentera Darat Malaysia.
Terdapat latihan rekrut / asas ketenteraan, disiplin tentera, kawad & senjata.
Akademi Tentera Darat
(10.4KM) dari Alang's Villa
Melatih pegawai Tentera Darat dalam bidang kepimpinan & ketenteraan, taktik peperangan darat serta disiplin, fizikal & akademik ketenteraan.
(INFO) INDUSTRI UTAMA DI PORT DICKSON - OIL & GAS
Petron Port Dickson Refinery
Antara kilang penapisan minyak terbesar di Malaysia
Terletak di kawasan industri Port Dickson
Tidak dibuka kepada orang awam, tetapi menjadi sebahagian penting sejarah & pembangunan industri kawasan ini
Hengyuan Refining Company Berhad (HRC)
Dulu dikenali sebagai Shell Refining Company.
Salah satu penapisan minyak utama negara.
Tidak dibuka untuk orang awam, ia ialah kawasan industri tertutup.
Surau Tahiriah Wal Ishakiah (Kampung Si Rusa)
(450M) dari Alang's Villa
Surau legend papan yang mengekalkan seni bina tradisional dan nilai sejarah komuniti setempat
Berfungsi sebagai tempat ibadah untuk menunaikan solat berjemaah, solat terawih serta aktiviti berbuka puasa bersama semasa bulan Ramadan.
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
(59KM) dari Alang's Villa
Berpeluang melihat kapal terbang berlepas dan mendarat (take off & landing) setiap 5-10 minit pada waktu petang dan malam.
Memberikan pengalaman unik bagi peminat penerbangan dan kanak-kanak.
TEMPAT MAKAN BEST & VIRAL (FOOD SPOTS) BERDEKATAN ALANG'S VILLA
Sarapan Pagi
Kafe Kampung Kaw
(3.7KM) dari Alang's Villa
Kafe popular yang menawarkan hidangan tempatan untuk sarapan atau makan tengah hari.
Boleh menikmati vibe kampung Port Dickson
Nasi Lemak Wak Rahman
(9.7KM) dari Alang's Villa
Pilihan tepat untuk sarapan atau makan tengah hari santai.
Terkenal dengan nasi lemak yang sedap.
Kedai Nasi Mek Klate
(0.6KM) dari Alang's Villa
Kedai makan yang terkenal dengan Nasi Kerabu dan pelbagai hidangan tradisi Kelantan.
Makan Tengah Hari
Warung Teh O 50 Sen, Bagan Pinang
(2.9KM) dari Alang's Villa
Menawarkan nasi campur dengan lauk kampung, makanan salai, serta Teh O dengan harga 50 sen.
Warung Salai Port Dickson
(6.7KM) dari Alang's Villa
Menyediakan pelbagai jenis makanan salai termasuk daging, ayam kampung, dan ikan.
Mohd Chan Abdullah, PD Waterfront
(6.9KM) dari Alang's Villa
Restoran Chinese Muslim, menawarkan pelbagai hidangan halal yang lazat di kawasan Waterfront.
Deen Berjaya Kari Kepala Ikan
(7.7KM) dari Alang's Villa
Terkenal dengan kari kepala ikan.
Sesuai untuk pencinta makanan laut pedas dan berempah.
Minum Petang/ Tea Time / Dessert
Zus Coffee, PD Waterfront
(7.3KM) dari Alang's Villa
Outlet Zus paling cantik di Malaysia.
Pengalaman minum kopi sambil menikmati matahari terbenam.
Kopi & Kueh by the beach, Jalan Pantai
(1.8KM) dari Alang's Villa
Kafe unik di jeti nelayan untuk minum kopi, western & pizza.
Sambil menikmati pemandangan laut dan matahari terbenam.
Kopi Pantai, Pantai Telok Kemang
(7.4KM) dari Alang's Villa
Kafe santai yang terletak betul-betul di tepi pantai Teluk Kemang
Sesuai untuk minum kopi dan makan ringan
PD Famous Cendol Coconut Shake, Kampung Teluk Kemang
(6.6KM) dari Alang's Villa
Menawarkan cendol dan coconut shake yang viral untuk minuman manis dan menyegarkan
Makan Malam
TapaqKing Ikan Bakar
(950M) dari Alang's Villa
Menyediakan pelbagai jenis hidangan, termasuk western, ikan bakar, lauk campur dan makanan panas
Jemapoh Pizza Kayu Api
(950M) dari Alang's Villa
Menawarkan pizza yang dibakar menggunakan kayu api, memberikan aroma dan rasa autentik yang unik
Ikan Bakar Berapi Batu Ompek
(900M) dari Alang's Villa
Pilihan tepat untuk pencinta ikan bakar, dengan pelbagai jenis ikan segar dan masakan tradisi
King’s Char Kuey Teow
(1.1KM) dari Alang's Villa
Terkenal dengan char kuey teow dan udang besar, menjadi viral dan pilihan ramai pengunjung
Embok Village Steamboat & Seafood
(3.3KM) dari Alang's Villa
Menyajikan hidangan steamboat dan seafood yang segar
Port Lanun, Port Dickson
(7.1KM) dari Alang's Villa
Destinasi popular untuk makan malam seafood, menawarkan pelbagai hidangan laut segar
Itik Salai Masthar , Port Dickson
(1.0KM) dari Alang's Villa
Menawarkan itik salai dan makanan tempatan, terletak di kawasan Saujana Walk
Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson
(8.3KM) dari Alang's Villa
Menawarkan pelbagai pilihan ikan bakar segar dengan pemandangan tepi laut yang menarik